14.6.16

Sesak Nafas - penyakit misteri

Rasanya sangat lama aku meninggalkan dunia blog. Keghairahan untuk update blog macam hilang ditelan masa. Ramai blogger aku lihat agak menyepi juga. Tapi walaubagaimana pun aku tetap sayang blog ni. Maklum dah lama aku menulis di sini.

Dua bulan yang lepas aku terkena sesak nafas. Kerana aku ada sejarah penyakit gastrik jadi semua klinik yang aku dapatkan rawatan mengganggap aku terkena angin gastrik. Sesak nafas berlarutan sampai sakit rongga dada. Aku jadi penat, mudah marah dan tak boleh tidur malam. Nafas tersebut susah nak sampai, senang cerita bila aku nak bernafas kena tarik panjang dan tak lepas. Sampai lenguh rahang menguap mencari nafas.

Semua ubat yang doktor bagi tidak berkesan dan doktor menasihatkan aku pergi hospital. Malam itu aku di tahan semalam di Hospital Ampang dan macam-macam test yang aku kena jalani. Aku kena cek darah, kena buat ECG, kena scan dan masuk air. Dalam semua ujian mendapati aku sihat dan tiada masalah paru-paru atau jantung.

Namun doktor tetap tidak dapat mengesan penyakit apa yang membuatkan aku tidak dapat bernafas normal. Lalu mereka merujuk aku ke bahagian pakar psikiatri. Mereka menjangka aku mengalami tekanan atau stress yang mungkin menyebabkan panic attack. Aku jadi hairan sebab setahu aku, tiada masalah besar yang boleh membuatkan aku asyik berfikir atau bersedih.

Keputusan ujian psikiati tidak mempunyai apa-apa masalah berat (seperti apa yang aku fikir) tetapi masalah tetap tidak selesai. Mak aku datang dari kampung cuba blander daun pegaga bersama kulit limau nipis. Walaupun tidak menghapuskan keseluruhan rasa tidak selesa ini namun aku agak lega.

Sekarang ni aku tak makan ubat hospital sebab ia tidak berkesan ke atas aku. Apa yang aku buat sekarang ialah tukarkan beras putih ke beras perang, tidak makan makanan proses dan berminyak, jauhi makanan masam dan pedas dan tidak lagi minum minuman manis kecuali milo dan susu.

Aku juga telah cuba mendapat rawatan di Klinik pakar jantung dan hasilnya sama, aku tiada masalah jantung. Doktor cuma suruh bersenam dan kurangkan makanan berlemak. Akhir sekali aku buat bekam angin dan bekam darah. Aku pergi mengurut dan makan sedikit-sedikit untuk elak perut sebu. Di pusat fisioterapi tempat buat bekam tu ajar cara bernafas dengan betul supaya angin tidak terperangkap di dada.

Dari segala usaha yang aku buat ni apa yang dapat dicapai ialah aku hanya dapat bertahan dari sesak yang teruk. Aku masih boleh bekerja, bergerak, pergi shopping, lepak dan tidur. Cuma untuk menarik nafas secara normal agak terganggu.

Aku dah malas nak berulang alik ke hospital. Tetapi masih guna cara kampung. Sampai adik aku bawak ke tukang urut yang pandai buang sihir. Katanya aku bersih dari sihir orang , apa yang aku alami adalah masalah kesihatan. Masa bekam pun sangat banyak angin bersarang di urat-urat aku. Tapi darah kotor tak banyak. Darah elok je. Mungkin sebab hari-hari makan pegaga blander. Halia dan bawang putih kata orang untuk buang angin. Malangnya tak berkesan. Angin aku ni cukup degil.

Jika ada yang terbaca tulisan aku ini dan mengalami masalah yang sama diharap dapat berkongsi cara-cara untuk menghilangkan masalah sesak nafas ini. Aku berdoa cepat sembuh sebab raya nak dekat dan sudah pasti aku tak dapat makan hidangan raya..huwaaaaa!!!

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    10 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...